Sunday 21 April 2013

Shall i compare thee to a summer's day

No one likes to be compared. 

No one, but NO ONE likes to be compared unless the comparison is made with them being
the more superior. Of course.

Perhaps, it’s a middle child syndrome. Perhaps it’s just me. Growing up, I absolutely loathed being compared to my more brainy elder sister. My parents, I was certain, did not love me enough. Or loved me less, I thought.

But later, MUCH later, I came to realize that comparison can be viewed in a positive light if one could actually sit and reflect on the basis of the comparison being made.

Just forget the hurt. Forget the emotional defense we erect against the (imagined) feeling that we are not appreciated. Do not even speculate of the feeling that the comparator may have about you when he/she makes that comparison.

Do not torture yourself in that manner, I beg you.

Turn the situation around and make it beneficial to you.
Sit and reflect.

KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya........................

Saturday 20 April 2013

Kisah Sedih Pergorbanan Seorang Doktor Di Hospital


Kisah Sedih Pergorbanan Seorang Doktor Di Hospital | Kerjaya sebagai seorang doktor, memang satu pekerjaan yang cukup mencabar. Biarpun diberikan gaji dan elaun yang tinggi, hidup mereka memerlukan satu pengorbanan yang tinggi. Bayangkan jika mereka sedang berseronok bersama keluarga, tiba-tiba menerima panggilan kecemasan. Maka, tidak boleh tidak, doktor perlu menjalankan tanggungjawab mereka. Kita seharusnya perlu menghargai doktor yang ada di dunia ini. Mereka sanggup mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata untuk merawat orang yang sedang dalam kesakitan.
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
…………………………………………………………………………………………
“Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
“Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??” kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi & berkata :
”Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci.. Drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali, doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”
“Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn wajah tenang dan senyum..”
Alhamdulillah..anak anda selamat..!”
Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.
“Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..”
“Kenapa doktor tu sombong sangat..?!
Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! Komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk ada sehingga selesai upacara pengebumiaan anaknya..”
MORAL : “Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”



Let go

Salam,hmm..kalau dah diri jenis yang lemah lembut nak marah orang pun susah. Masalah. I think my facebook kena hack,mungkin. Dah tak boleh nak tekan apa apa,most of my post are being deleted. I'm shock coz suddenly happen. Nak repair tak boleh.so let go. After this no more facebook. Kecewa juga nanti dah susah nak update latest news pasal kawan kawan. Rasanya boleh cope,no big deal lah. Apalah sangat kalau setakat dunia IT yang screwup kalau nak dibandingkan dengan dunia realitinya. Mungkin yang berubah cuma my daily aktiviti. Bagus per..takdelah duduk mengadap benda alah tu 24 jam je. Sekarang dah boleh susun atur masa,untuk kualiti belajar yang lebih baik. Huhhu.. tetiba jadi semangat nak belajar. Kalau tau berlaku perubah yang baik begini,awal awal lagi mintak hacker tu hack. Dah boleh jadi best student. Hahha..

One more thing,alhamdulillah..sikit sikit muka dia aq dah boleh lupakan. Cuma yang tinggal kata kata dan bahasa yang digunakan yang masih terngiang ngiang di telinga aq. Susah nak lupa..sampai termasuk dalam mimpi. Tak taulah kenapa aq fobia sangat dengan marah yang dia lemparkan pada aq. Selama ni ok je kalau dokter pakar marah,masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Balik tu dah boleh lupakan. Ini bila dapat dia,setiap apa yang dia katakan pada aq jadi stuck on my mind. Mungkin dsebabkan dia tu dokter pakar ENT,telinga pun sayang nak buang keluar apa yang dia cakap. Budget lah sangat. Aq tak salahkan dia,mungkin bagi dia nothing,zero..tidak bagi kesan langsung ke atas diri dia. Dia pun dah biasa deal dengan budak hingusan macam aq. Agaknya nak pandang pun tak rela. To him kami cuma sekumpulan pelajar yang merimaskan hari hari kerjanya. Yelah datang datang menyibuk dalam office dia. Entahlah..makin teruk pulak aq kutuk dia. Tak pasal pasal dia dapat pahala aq dapat dosa kering. Secara negatifnya itu yang aq fikirkan.

If in positif way,itulah diri dia. Dia tak sombong (sikit),sangat tegas dalam melakukan kerja(gila serius) maybe he's the type who not allowed any mistake happen to his patience (obviously) that's why dia tegaskan apa yang dia mahukan,jadi aq lah jadi mangsanya.(What a pain). Nasib baik last day aq bekerja dengan dia bila dia meletop masa tu. Cabut lari lah apa lagi.. hehe.  Salah aq ke? mungkin. Tapi salah dia lagi banyak kut  huh! hmmm...serba salah pun ada,sebab aq cabut lari sebelum mintak maaf. Ah! biarkan..

Orang cakap kalau diri sendiri yang buat salah akan jadi serba salah,dan akan selalu memikirkan apa yang telah dilakukan. Eh bukan salah aq lah..mane aq tau dia jenis spises yang macam tu. Haailaa.. dokter dokter. Malas dah nak fikir,yang dah berlaku tu lupakan..jadikan pengalaman bukan penyeksaan . Let go..

Actually masalahnya berpunca dari diri aq sendiri,lemah sangat. Sebab tu orang senang pijak kepala..tak tau nak self defense. Padanlah muka kan. Nak tak nak bila berlaku perkara yang seperti ini lagi,kena tau jadi hard core n face the problem. Bukan cabut lari macam tu..walaupun salahnya tidak berpunca dari aq. Kalau masalah tu sememangnya dari aq, suda tentu aq akan face it. Aq yang dulu dengan sekarang dah lain..dulu mungkin akan diamkan diri dan minta orang tengah tolong selesaikan,sekarang alhamdulillah dah berani sikit. Walaupun masih lagi takut takut. Cuba jugak untuk setelkan. I criusly tak boleh tahan bila ada orang lain marah aq,cepat nak menangis,jadi lemah,takut. Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini..

Monday 15 April 2013

Ophtalmology

Dalam bas,dalam perjalanan ke HSI. Cuaca pagi yang indah ..

Saturday 13 April 2013

Disturbance

Too much hattin me today. Mood kinda swing~ hmm.. Selalu pergi kerja niat nak buat dengan baik,just give my best. Kenapalah aq careless sangat ni..Ya Allah! Jauhkanlah .. takut ni. Kang ade jugak panjat gunung tahan terjun bunuh diri,hwaa! femes kut masuk paper. huhu..hussh! tengok dari bawah pun dah gayat ni kan pulak nak terjun,memang tak lah kan. Ape nak jadi dengan anak en. Japri ni,. always careless n make mistake. Tak reti nak belajar dari kesilapan yang lalu kerr?? of coz laa.. tapi yang tu yang past,buat pe nak ingat. hewhew..

What happend to you,should not happen for the second time. Please fatin, take care of yourself  first. Macamana nak jaga orang lain kalau diri sendiri tak tau jaga. Aq tau tu..dah jadi tanggungjawab pun. Tapi entahlah.. Weyh! hang nak marah aq kenapa?? hang tu aq jugak tau! amboiih over.. huh.

Hari ni macam biasalah,pi kerja. Ulang alik dari kolej ke hospital tu dah biasa..rutin harian. Cuma hari ni..hari ni.. hari SABTU!! ketidak adilan berlaku. Orang lain duk sedap menikmati hari cuti..aq? tengok jelah diorang bergumbira menikmati cuti. Mak aiih dengan budak skolah pun nak jelesss.. biolah! sebuk. Hmm..tapi setiap hari perasaan tetap sama,akan ada rasa bosan dan tak nak pergi kerja. Bukan berlaku pada diri aq je,kawan kawan yang lain pun sama. Mereka merasakan apa yang aq rasa. Bila nak turun dari bas mesti akan ada keluhan seperti " Haiihh..malasnya" "haiihh..bosannya" "haiihh..nak mc hari ni boleh tak?" =.=" yang last ni memang malas tahap gaban. Kami memang begini,mungkin adanya perasaan malas bosan tu semua d sebabkan rutin kerja yang sama setiap hari. Masuk kerja ikut shift,siapa yang naik pagi pergi pagi dan sebaliknya. Ofise hour pun ada..tapi tak semua tempat. 

Dah masuk ward,dengar pass over report.. then proceed my work. Hari ni male nurse Naim incharge untuk cube aq. Oklah dia tu..banyak tolong. Ada sorang pesakit, he's an Indian man..sebelum ni nothing change tentang dignosis penyakit dia. Abselutely nothing ..just dailay dresing kat wound dia and continew dengan management. Suddenly he's been diagnose to have CRE disease. Disebabkan penyakit inilah yang menyebabkan aq nak terjun gunung tahan. So dokter suruh dia transfer to bilik isolation, supaya jauh dari orang ramai. Cause this disease if berjangkit boleh menyebabkan kematian. Not something yang boleh dibawa main main. What i do,i help male nurse Naim to packing his stuf and things. Dengan complet protection on my body .. mula mula pelik asal male nurse naim tetiba pakai mask,glove,apron tu semua. Nak kata buat dressing takkanlah..biasanya pagi je. Then i approach him.. he come to me n wisper  said,
" Pakai double glove complet semuanya..tolong kemaskan barang uncle ni buat masuk dalam" ..macam blurr kejap. Boleh plak duk blurr..buat jelah ape yang dia suruh. Dah settle semua, sambung buat observation. Masa tu tak curious lagi dengan penyakit uncle tu dapat. Cuma pelik macamana dari luar dia boleh masuk dalam,it must be something since hanya yang mempunyai potensi merebakkan penyakit yang bahaya je yang akan dipindahkan ke dalam bilik iso.. just wonder jelah. 

Then lepas beberapa jam,dengan pertanyaan soalan yang macam macam baru tau that uncle dapat infeksi CRE means Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae. Since penat nak eplain one by one ..untuk  peringatan diri sendiri aq letak artikel tentang penyakit ni,..supaya ingat sampai bila bila yang precaution adalah wajib dan harus dituruti. 



 Agak terkejut bila baca,.bayangkan resistance pada semua jenis ubat antibiotik. Tak de jaminan boleh baik once bila dah berjangkit. That's why la kalau nak sentuh pesakit yang mempunyai penyakit yang berisiko semua kena pakai, untuk keselamatan diri sendiri. Nak ke dapat?? husshh.. mintak dijauhkan. Ini terbukti kerja sebagai jururawat tidak hebat seperti yang dilihat. Salah satu cabarannya inilah.. tersilap langkah habis. Masa depan yang dah elok elok cerah dengan lampu neon boleh blackout dengan serta merta.Gelap gelita. 

Apa yang jadi.. kecuaian yang tidak dapat dielakkn. Agak menyesal sebenarnya.. Pi laa cek GM (glucose monitoring) cek gula. Sepatutnya kena bawak troli Gm tu sekali,but i didn't . Sebab nak cepat. So just put on the kidney dish. Dah siap cek ..bacaan gula uncle rendah,dan ini jugak kesilapan bodoh yang aq buat. Lupa untuk bagi tau male nurse. If the number lower than 4 ..maksudnya not good. Review dokter diperlukan. But i forgot .. silly me! record macam biasa..tapi lupa nak inform. Dah tu pi la simpan kat dalam bilik treatment. Kurang pandainya aq..aq buka glove before buang reader gm dalam sharp been. So what happen darah uncle tu terkena tangan aq. Agak kelam kabut. Buang cepat cepat dalam sharp been then wash hand. Dah lepas basuh tu basuh lagi.. kali ni dengan alcohol. Dalam hati Allah je tau. Macam macam soalan yang bermain di fikiran. Boleh berjangkit ke?ok ke tak ni? macam macam lah. Aq dalam terkejut takut. Risau yang teramat... sebabtulah balik tros search pasai penyakit ni. See how careless i am..


Next time please ingat..fikir then act dengan pandai. Don't be so stupid. No one can help you..if already in trouble because of your careless action,they will add more .. I'm still a student, kawin pun tak lagi ..janganlaah berlaku apa apa pada diri ini Ya Allah. 

Friday 12 April 2013

Dunia Ini Terlalu Kecil Untuk Ditangisi


Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hambaNya.
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dariNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
“Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?
Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha’ dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana’ah dan sabar.
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Sorrow

Masih tak dapat lupakan exam osce tadi,Ya Allah cepat cepatlah lupa. Tak nak ingat! Akibat daripada tekanan jiwa,aq tak bangun bangun dari kerusi dari pukul 10 pagi tadi. Kecuali nak pi solat bangun la jap then duduk balik. Aiih..macam tu sekali ke fatin oii. Yelah ..nak lupakan tak boleh,so amik earphone sumbat telinga tengok citer katun! Hilang kejap ingatan pasai osce. Criusly tak nak ingat . Delet! Delet! Nyah mu dari ingatanku! (u.u)
Aq buat teruk,sebab tu nak lupakan sangat sangat..hmm... Padan muka! tulah sape suruh chill lebih lebih,konon ok..ceh! last last menggeletar jugak kepala lutut. Dah lah tuu...tenangkan emosi mu. Exam yang akan datang buat baik baik yerr..(nasihat untuk diri sendiri). Nampak sangat dah nak biul.. HULK!! =.="

Wednesday 10 April 2013

Stand Up for YourSelf by Faiz Najmi


Working at a KKM hospital is satisfaction 5% and heartache 95%. It’s not because we got no satisfaction treating the patients, but from up top to down bottom, rotten apples are everywhere. In government service, everything is about seniority. Everything is about hierarchy. Everything goes by what the boss says.

This system of hierarchy actually serves to protect the main KKM clients – the patients. A specialist with 15 years of experience certainly would give much more accurate and decisive treatment than a one-month old houseman. But the system also opens up another door – bullying. Bullying has been a culture of KKM doctors since forever. The main reason for this bullying – for YOU to learn. Whether it’s really the best teaching method, nobody can say.

A houseman does not outrank the nurses. The nurses rule the ward, they know how the works are being done all this time while the houseman keep changing every few months. They determine whether we had done things correctly or not, whether this form and that form are filled in correctly, whether our work is complete or incomplete, whether we can have meals or breaks during our shifts. I certainly don’t remember myself outranking the PPK because last I heard, I was told to “Jangan kacau saya boleh tak? Kalau doktor nak urgent, pegi hantar ABG ke lab sendiri lah! Saya banyak kerja ni!”

A houseman is at the bottom of the food chain. It’s so easy to bully a houseman with the reason “so that you can learn”. Me, I cannot tolerate bullies. I don’t stand up to every bullies in my workplace, but when I do, I make life messier for them.

When I was in medical posting, there was a discharged patient who is ex-IVDU with Hepatitis C positive, supposedly in radiology for a CT-scan, but was sent to our stable ward without any notice whatsoever for a venofix. The reason being; they couldn’t fix it down there. At that time there were only 2 houseman taking care of 30 patients. Medical being medical, with so many transfer-ins, discharges, bloods, referrals, charting, procedures, summaries etc, we just do as asked without asking questions, sometimes without knowing the cases. So my colleague at that time saw this patient and tried to insert branula for him. She was really in a rush as she has loads of other referrals to settle.

She attempted few times, but couldn’t get any because the patient’s venous architecture is no good. Frustrated and rushed, she made another try, and poked her own finger! She was crying after she got the needleprick injury. She was so stressed up. But she hasn’t known the case yet. Only after few minutes she got that needleprick, she discovered that the patient is ex-IVDU and Hepatitis C positive! And then she was even more panicked than ever.



I did feel pity for her and feel angry at the radiology MO who sent the patient up for us to fix in a branula. So I sent a memo back to the radiology MO saying that we couldn’t fix a branula and in the process of trying, a houseman got a needleprick injury, so please do your own job without pushing the work to us busy housemans. And I went straight to see one of the hospital administrator in director’s office to talk about this incident. I brought up the issue “Why should radiology push a patient to medical for venofix?”. Yes, radiology pushing venofixes to houseman is not a new thing. I was called down to radiology several times for venofixing. But I was so pissed off that day because one of us houseman got needleprick for helping out radiology.

And the said MO got a good yelling. But one of the radiology consultants wasn’t happy that I stood up. He wasn’t happy that I spoke to the administrator and wasn’t happy on how I wrote the memo. So he came to my ward and gave me a big yelling. You houseman with attitude, when I was a houseman blabla, needleprick injury no big deal, I will tell your consultant to extend you in medical etc etc etc.

I was happy I stood up for that. I heard that there was no more unnecessary bullying like that happening again across departments (radiology bullying medical houseman). The medical consultant actually backed me up and praised my courage for standing up like that. And I was NOT extended in medical. But I got a very big stare every time I walk down radiology department, arranging for ultrasound, CT and MRI for my patients. Damn, I made lots of enemies already…

You can see how miserable most KKM staffs across the board, one blaming another, save your ass first before someone else’s. That’s because they do not speak up. So they can just complain at the back. And this includes specialists that complain too many houseman and taking the frustration to the poor housemans. Houseman cannot do anything about our numbers, they also can’t do anything about it but they don’t want to speak with higher ups in fear of retribution, so they take out on the houseman.

So, if you don’t like how you are being treated, firstly, DO NOT EVER ACT LIKE THEM. Seriously. Secondly, speak up, but choose your battles well. You cannot want to win every time.

Remember, the bad things in the world happen because good people don’t speak up.


Credit to Dr. Faiz.. article ini kopitampal kerana saya menyukainya. First what he say is damn true! second saya juga mengalaminya. He's a docter while i'm just a student tapi kami dalam situasi yang sama. Actually i do want to tell about this on my blog but i cannot put into words. Boohoo! -.-' 

Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Jadi Imam?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.
-Admin- 



Tuesday 9 April 2013

A Day Dreaming

For example, if you were by my side 
And about to crumble over something 
I'd probably secretly offer my hand 
Without saying a word 
I want to always gaze at the miracle 
Happening beneath this sky

The sunlight comin' through a window 

The focus point still looks kind of off 
I don't want to wake up, because I want to dream a little longer 
Even though I really love this moment, to me 
You seem to be a sleepin' mermaid, right up to your fingertips 
Stay with me; I want to smile brightly and just stay by your side...

Though I can't say anything 

But trite words right now, 
Everything just as it is 
Envelops my heart 
What kind of future can I see 
Inside of flowing time? 
We will always 
Believe in tomorrows drawn with hope

When you are covered in darkness 

I'll become your light--I'm not afraid 
A lot of time went by, I wish we could stay this way, I dream of the future 
If I shed tears, it's from laughing so hard, so together we'll make up the vivid color 
Unpretentious words for you: I wanna be with you...

I want to forever embrace 

A kindness so gentle it overflows

Though I can't say anything 

But trite words right now, 
Everything just as it is 
Envelops my heart 
Because I want to keep dearly protecting 
Forever, inside my breast 
How I was able to meet you 
Underneath this vast sky

For example, if you were by my side 

And about to crumble over something 
I'd probably secretly offer my hand 
Without saying a word...

Cara Tackle Pasangan Yang Dibenarkan Syarak.



Pastinya sekarang ini ramai yang berhasrat ingin mendirikan rumah tangga. Tetapi kadangkala terdapat sedikit masalah yang terpaksa diselesaikan contohnya sepreti tidak tahu bagaimana untuk mendekati (berkenalan) atau dalam kata santainya iaitu mengorat gadis atau teruna yang disukai dengan syariat dan cara yang betul. Tak salah ingin berkenalan dengan si gadis atau si teruna dengan niat untuk menjadikan dia pasangan hidup kita, tapi perlulah kena dengan gaya dan cara yang di anjurnya oleh Islam. Kita perlu ingat bahawa Islam itu mudah. Tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Dan matlamat kita tidak menghalalkan cara kita. Ingat.
Tidak salah untuk berasa suka dan menyukai. Itu adalah fitrah semulajadi yang telah diciptakan Allah. Tetapi, ia bergantung pada cara kita kita memulakan perkenalan. Cara kita meneruskan perkenalan. Dan cara kita mengakhiri perkenalan dengan satu hubungan yang berjaya berlandaskan syariat Islam. Bagaimana? Cara? Ayat yang sesuai?
Lamaran berlaku apabila sudah percaya betul dengan berbagai kriteria yang baik, melihat dan merasa redha, tetap berkeinginan meminang dan telah juga secara khusus melakukan solat istikharah, maka tibalah masanya melamar. Lamaran ni seeloknya dirahsiakan dan hanya di ketahui oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja. Menyembunyikan proses melamar adalah sikap berjaga-jaga yang paling tepat demi kemaslahatan gadis yang dipinang, menjaga harga diri serta tidak merasa direndahkan nama baik dan perasaan secara psikologi jika berlaku Hal-hal yang tidak diingini seperti batalnya peminangan.
Jika diumumkan dan ternyata tidak lanjut kepada pernikahan, walau ada sebab yang rasional dan patut, tetap akan menyakiti perasaan wanita tersebut. Ia juga akan membuat pelamar seterusnya merasa ragu-ragu. Cara melamar dalam Islam banyak. Ianya bergantung pada situasi dan fleksible. Ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah sampai hari ini.
Berdasarkan pendapat yang diperolehi dari penceramah yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus, beliau berpendapat bahawa bila nak kahwin ni, mudah saja caranya. Andai lelaki tersebut berminat pada seorang perempuan itu. Telah berhari hari melihat dan rasa mahu memperisterikan perempuan tersebut, terus terang sahaja kata pada perempuan tersebut niat di hati.Contohnya, “saudari, saya berminat untuk memperisterikan saudari. Andai saudari bersetuju, saya akan mengumpul duit dan menghantar ibubapa saya untuk meminang/melamar saudari.”
Contohnya pula, seandainya kalau si gadis menolak kerana sudah ada calon atau bakal suami, jangan berasa malu kerana Allah menciptakan wanita ramai. Tak perlu bawak wanita atau gadis tersebut ke dalam hutan atau semak untuk menyuarakan hasrat dihati. Kat tepi jalan pun dah cukup. Islam agama yang mudah. Tapi mudah bukan nya bermaksud ianya boleh diperlekehkan sesuka hati. Jadi saya jelas kan sekali lagi bahwa seandainya berminat dengan seseorang untuk menjadikannya pasangan hidup, berterus teranglah padanya. Benda baik, ikut syariat, tak perlu takut. Allah akan permudahkan. InsyaAllah.
Disini saya ingin kongsikan juga cara tackle/lamar/berkenalan/ di zaman Rasullullah dahulu.
Seperti yang kita ketahui, dengan cara orang tua melamarkan bg pihak diri kita.
Ada juga yang melamarkan untuk diri sendiri. (Terus pergi berjumpa bapa si gadis)
Contohnya seperti hadis ini.
Rasulullah menikahi Sayyidatina A’isyah dan Sayyidatina Hafsah dengan cara ini. Rasulullah berjumpa dengan Sayyiduna Abu Bakar As Siddiq untuk melamar Sayyidatina A’isyah dan bertemu dengan Sayyiduna Umar Al Faruq untuk melamar Sayyidatina Hafsah. (Hadis riwayat bukhari)
Seeloknya pilihan orang tua adalah yang terbaik kerana mereka terlebih dahulu telah merasai kehidupan berumah tangga. Tetapi seandainya pilihan adalah berlandaskan wang atau harta (materialistik) berkemungkinan akan memudaratkan dan seandainya berlandaskan agama dan akhlak, pastinya akan berjalan lancar insyaAllah. Tak salah jika mempunyai pilihan sendiri yang direstui ibu bapa. Andai molek iman dan akhlaknya apa salahnya kan?
Cara seterusnya adalah dengan melamar melalui tokoh masyarakat seperti Ulama,Tuan guru pondok, Asatizah atau orang yang disegani. Ini kerana mereka adalah golongan yang dipercayai dan diyakini akhlak serta amanahnya.
Tersebut merupakan sedikit perkongsian dari saya berdasarkan bacaan dan rujukan yang di cari. Tidak salah bagi wanita untuk melamar si lelaki. Ingat ya. Tidak salah sama sekali. Sila betulkan mentaliti mentaliti masing masing. Wanita melamar lelaki secara syar’iat tidak salah.
”Dari Tsabit, ia berkata,”Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang anak perempuannya. Lalu Anas berkata,” datanglah seorang perempuan kepada Nabi SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada beliau, kemudian perempuan itu berkata, ”Wahai Rasulullah maukah tuan mengambil diriku? Kemudian anak perempuan Anas menyeletuk,”Betapa tidak malunya perempuan itu!” Lalu Anas menjawab,”Perempuan itu lebih baik daripada kamu”. Ia menginginkan rasulullah, karena itu ia menawarkan dirinya kepada beliau”. (HR. Ibnu Majah).
Sekian dari saya. Andai ada khilaf mohon teguran. Ada pertanyaan sila usulkan. Jazakumullah!
Sumber : Ustaz Azhar Idrus (ceramah) & Kitab Cinta karangan  Sheikhuna al Murabbi Sayyidi Rohimuddin Nawawi Al Bantani Azmatkhan Al Husaini.
Sumber HarianIslam