Tuesday 26 March 2013

Besties!

Walaupun kita berjauhan,miskol tidak..call lagilah takde. Takpe sayangku,rinduku dan cintaku hanya untuk kamu semua..

Terasa semakin jauh kami..mungkin hanya diri yang rasa begini. Perasaan aq pada mereka tetap sama,sama seperti 8 tahun yang lalu bila kami mula mula bertemu. Sayang ini tidak akan berubah ..percayalah. Maaf tidak dapat menjadi kawan yang terbaik,.



Monday 25 March 2013

Don't Despair and Never Loose Hope


You know at this age (sweet 30), going out from house and meeting your girlfriends becomes a hideous and (may be) an unpleasant business. Yes, we did enjoyed our early 20s and 30s - from schooldays to college, gallivanting around town, painting them red and had the best time of our lives with nothing to worry.
As we usher to the late 30s, each one of my friends seemed to vanish into the thin air. I know that they are only a phone call away, but they seemed like a million miles away when we are under one roof.
Talks about shoes and bags being truncated and immediately changed to EBM and breastfeeding. Chats about holidays and trips were replaced with tales about their toddlers and newborns. And you can bet on it, gushes about boyfriends being replaced by talks about husbands - one of other thing that I definitely DON'T have.
Don't get me wrong, I love them girlfriends the way there are and I'm sharing their happiness too. I get it. They are happy and want to share it with me. BUT, trying to fit in would be the most difficult thing to do. You can't expect them to hear your babble about the cute boy in your department and your work problem when they have bigger things to worry such as how they are low on their milk production, how their kids have jaundice, how they have yet to conceive etc.
Then, all of the sudden, it seemed that all our similarities gone out the window and each time I'm with them, I just zonked out and don't know what to say. They claimed I become more quiet these days. Truth is, I just don't know what else to say. I don't speak their language and they stopped speaking mine. And we're getting further and further apart. I chose to slowly get out of that community, simply because I don't think I belong.
I figured, I'd rather find a new muse for all the free times that I have now. Alhamdulillah, I found one and it's with Him. I decided to be a better Muslimah and I fell in love with that. I don't feel despair anymore, I know exactly who to turn to when I'm in dire need. As for the girlfriends, we are still good. But the 'not-fit-in' feeling are long gone now. Allah definitely doesn't pick sides and I'm blessed for that.
There must be a reason why Allah haven't granted me a husband to this very day. I just have to accept them and ask for forgiveness from the Almighty. We have to do post mortem on ourselves rather than have bad judgement to Allah on why Allah doesn't granted our prayers. First of, He is not obligated to grant them, we are His humble servant and He has all the rights to treat us the way He likes. But Allah is not cruel to us. We have to dissect, it could be the sins we have commited in the past, our relationship with our parents and others and also maybe because Allah wants us to serve our parents a bit longer. And now I'm trying my best to become closer to Allah in every minute of my waking life. I'm sure my prayers will be granted one day and Allah knows what's the best for me. Not because He doesn't love me, simply because He loves me too much and save the best for last. I have faith in that and you ladies, should too.
So, to all my single ladies out there, quoting Maher Zain "Don't despair and never lose hope. Cause Allah is always by your side, InsyaAllah.." He's nearer than you can ever imagine. You just know how to find Him. InsyaAllah ..
"When God gives you a gift, it is so you are aware of divine kindness. When God deprives you, it is so you are aware of divine power" - Ibn 'Ata' allah RahimuAllah.
                                                                                                                                                      

8 Penyakit yang Boleh sembuh dengan Berjalan Kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.



The reason we can't focus is not because there's so much distraction but because we don't care about what we do & want to be distracted!

Saturday 23 March 2013

18 Perkara yang Perempuan Inginkan dari Lelaki




1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.
-Admin-    

2013




Assalamualaikum. Lame sangat tak update blog,sori. Yang last punya 2012,so now it's already 2013. Almost 5 months i did'nt update you. Mian again. :(  Hope u can forgive me dear~ hehee.. so what's up??! Any news to share?? haha.. just kiding lol. Ok, first thing nak bg tau kamu..i'm officially 21..!!! hoorayy!! last few days i'm celebrated my born day (alone~). Tak sangka dah 21 kan,..hmm. Sebenarnya ta de la seronok sangat bila dah menginjak umur 20 an ni. Yelah, tanggungjawab semakin dan semakin berat. For me kena lebih updatekan Iman dan selalu muhasabah diri. Almaklumlah bila tak sedar diri dah besar,selalu ingat masih 'budak' lagi susah nak jd matured. Perlukan masa. Then second,.sekarang tengah praktikal,plus next week midterm exam. After that there is so much event yang perlu diuruskan. Nak di pendekkan cerita,terlalu banyak kerja yang menanti selepas ini. Sangat banyak! dan sangat penat ..mental and fizikal. Mostly mental. Haahh! talk about mental,guess what? I'm currenty in hospital Permai a.k.a 'H.bahagia.' Or in medical term we call it place where we treat people who suffer from mental disorder desease. Sangat seronok berada di sini,.tak tipu,betul. Orang macam takut kan bila sebut sakit mental..takut tu memang laah. Lumrah..saya pun takut. Tp nak buat macamne dah tugas. About 2 weeks,one weeks already passed ..so nak cuba enjoy sepenuhnya. Mereka istimewa <3 ..


Sekarang tengah revision untuk exam next week. Aarghh! tekanan ...last minit preparation. Wish me all da best yea. ^^ . Insyaallah cuba juga untuk jawab dengan sebaiknya. Ok,till we meet again ..may peace be upon you.

10 Nasihat Untuk Orang yang Bercinta


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.